fbpx

Skuad wanita Barcelona buktikan status ‘Ratu Eropah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain wanita Barcelona meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara Wanita selepas menumpaskan Wolfsburg pada aksi final di Stadium Philips awal pagi semalam.

EINDHOVEN – Ketinggalan dua gol tidak membunuh perjuangan Barcelona Femini yang mempamerkan kebangkitan dramatik untuk merakam kemenangan 3-2 ke atas Wolfsburg pada aksi final Liga Juara-Juara Wanita awal pagi semalam.

Kemenangan di Stadium Philips itu membolehkan The Blaugrana menjulang trofi berprestij Eropah tersebut buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun selepas tewas di tangan Lyon pada final musim lalu.

Pengendalinya, Jonathan Giraldez, 31, menganggap pasukannya sebagai ‘Ratu Eropah’ walaupun meluahkan sedikit kekecewaan selepas menyaksikan pasukannya ketinggalan dua gol terlebih dahulu biarpun mendominasi permainan.

“Kami bermain dengan sangat baik tetapi malangnya terpaksa bekerja keras untuk mencari dua gol bagi menyamakan kedudukan. Ia bukan tugas mudah sebab itu saya berbangga dengan para pemain.

“Kejayaan menjuarai kejohanan ini buat kali kedua membuktikan pasukan Barcelona adalah pasukan terkuat di Eropah. Namun, kami tidak boleh selesa dan perlu terus tingkatkan kekuatan untuk musim depan,” katanya.

Wolfsburg lebih garang membuka perlawanan dengan gol seawal minit ketiga menerusi Ewa Pajor sebelum Alexandra Popp menggandakan kedudukan pada minit ke-37.

Bagaimanapun, Barcelona bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi dua gol pantas dalam tempoh dua minit hasil jaringan Patri Guijarro (m-48, m-50) sebelum Fridolina Rolfo meledak gol kemenangan pada minit ke-70.

Menariknya, kejayaan Barcelona itu turut menyaksikan Lucy Bronze menjadi pemain England pertama menjuarai kejohanan tersebut bersama dua kelab berbeza selepas me­lakukannya bersama Lyon pada 2018 dan 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI