fbpx

Selena Gomez akui sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELENA GOMEZ

PENYANYI juga pelakon Selena Gomez menarik perhatian peminat apabila berkongsi tentang isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan, baru-baru ini.

Perkongsian yang dibuat menerusi platform peribadi Gomez, Wondermind itu turut disertai Brooklyn Beckham dan isterinya, Nicola Peltz.

Ujar selebriti berusia 31 tahun itu, dia terpanggil untuk bercakap tentang masalah kesihatan mental kerana pernah melalui fasa kemurungan dan depresi gara-gara membaca komen dalam media sosial.

“Isu kesihatan mental bukan hal yang boleh dipandang ringan. Hari ini, ramai yang mengalami masalah gangguan mental, namun kebanyakan mereka memilih untuk diam,” katanya.

Kata Gomez, media sosial tidak sepatutnya menjadi punca seseorang mengalami depresi seperti yang dialaminya.

Gomez juga pernah menutup semua media sosial miliknya bagi menenangkan fikiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI