JAKARTA – Seorang pemandu yang tersilap membaca arah dalam aplikasi peta Google gagal mengawal keretanya sebelum terjunam ke dalam tali air, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Kejadian berlaku di kawasan Perumahan Grand Wisata, daerah Bekasi semalam. Polis memaklumkan bahawa kejadian itu adalah satu kemalangan.
“Kami telah menjalankan siasatan berhubung kereta Honda CR-V yang terjatuh ke dalam tali air Perumahan Grand Wisata,” kata Ketua Unit Trafik Polis Metro Bekasi, Carmin.
Menurut keterangan beberapa saksi di tempat kejadian, pemandu berkenaan disyaki tidak mengenali jalan di kawasan itu.
Kata Carmin, pemandu kereta itu hanya cedera ringan manakala kenderaan miliknya rosak teruk.
“Kemalangan berlaku sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan).Keadaan jalan ketika itu sunyi,” kata seorang penduduk. – Agensi