fbpx

Projek tebatan banjir tangguh, punca banjir kilat – MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika berucap pada majlis tersebut malam tadi.

SHAH ALAM – Penangguhan projek tebatan banjir menjadi penyumbang banjir kilat berlaku beberapa kawasan termasuk Kota Raja di sini, semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penangguhan itu susulan perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Katanya, kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung saliran air berlebihan jika berlaku hujan lebat.

“Projek tebatan banjir terpaksa ditangguhkan sementara akibat daripada urusan dengan pihak LLM dan saya akan segera mungkin dapatkan daripada LLM berkenaan dengan saliran tebatan banjir untuk kolam takungan dekat kawasan Bukit Raja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Jom Heboh Generasi Muda di perkarangan Stadium Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu banjir kilat termasuk di Bandar Bukit Raja di Klang, Setia Alam serta Shah Alam.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, daerah Klang dikenal pasti sebagai kawasan yang teruk terjejas akibat hujan lebat selama lebih tiga jam.

“Kita sudah minta dengan segera supaya pam-pam digerakkan (kawasan dinaiki air). Sebab itu, menjelang tengah hari tadi (semalam) air banjir sudah surut dan saya rasa sudah terkawal, manakala saya akan mendapat laporan lanjut malam ini (tadi) dan difahamkan sebilangan keluarga masih tinggal di pusat penempatan sementara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI