fbpx

PRN: Kempen PN di media sosial jadi ancaman buat PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah (tengah) ketika hadir ke Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita dan AMK Pulau Pinang di Dewan Permatang Pasir, Bukit Mertajam hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Keagresifan Perikatan Nasional (PN) dalam berkempen di media-media sosial ketika ini seharusnya dianggap sebagai ancaman kepada Pakatan Harapan (PH) terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Justeru, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, PH yang kini membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) juga perlu lebih agresif untuk memenangi hati rakyat melalui medium yang sama.

“Ini antara ‘bahaya’ yang terpaksa kita hadapi sekarang iaitu kehadiran PN yang sangat ‘besar’ dan menonjol dalam media sosial. Begitu sukar sebenarnya untuk menangkis fitnah-fitnah yang sedang menular dalam TikTok dan sebagainya.

“Jadi, kita ingatkan juga kepada pimpinan dan semua anggota (parti) kita supaya berwaspada. (Ini) termasuk pengundi kerana kita tidak mahu undian itu (nanti) dibuat bukan kerana fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Bukit Mertajam yang turut dihadiri Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang berkata, meskipun PH agak ‘terlewat’ dalam berkempen di media sosial seperti Tiktok namun, semua anggota dan pemimpin parti perlu terus bekerja keras.

Menurutnya, ini bagi memastikan ‘keberadaan’ jentera parti itu di platform berkenaan ‘disedari’ demi memenangi semula hati rakyat khususnya pengundi muda ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI