fbpx

PRN: Agihan kerusi PH-BN P. Pinang selesai 95 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak yang menyertai program Interactive Edutainment di Hospital Gleneagles, George Town, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Proses pengagihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah 95 peratus selesai.

Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow berkata, terdapat lagi beberapa perkara berkaitan kerusi penyadang masih memerlukan perincian sebelum dimuktamadkan.

“Agihan kerusi 95 peratus selesai, esok saya percaya kali ketiga dan kali terakhir kita bermesyuarat di Kuala Lumpur (berkaitan agihan kerusi), jika masih tidak ada keputusan mungkin perlu serah kepada pimpinan Pusat.

“95 peratus ini dalam satu dua kerusi, dalam rundingan memang begini seperti dalam perniagaan satu dua sen penting juga,” katanya selepas menghadiri program Interactive Edutainment di Hospital Gleneagles, di sini hari ini.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, PH telah memenangi 37 kerusi termasuk kerusi-kerusi DUN daripada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika itu masih menjadi sebahagian PH manakala BN menang dua kerusi DUN (Sungai Dua dan Permatang Berangan) dan Pas mempunyai satu kerusi (Penaga).

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri berkata, agihan kerusi itu tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana terdapat pertindihan permintaan daripada parti-parti komponen yang lain.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, DUN Pulau Pinang mungkin dibubarkan dalam tempoh 10 hari terakhir pada bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI