fbpx

Polis belasah isteri, rosakkan kereta kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Mazda yang remuk dan tingkap pecah selepas dirosakkan menggunakan tukul. – Sanook

BANGKOK –  Seorang pegawai polis di wilayah Songkhla, selatan Thailand membelasah isterinya di tepi jalan raya dan merosakkan kereta mangsa menggunakan tukul selepas mereka bertengkar akibat cemburu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Insiden berlaku selepas polis berpangkat timbalan penyiasat itu mengekori mangsa yang berusia 45 tahun ke majlis hari lahir rakannya.

Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, kejadian berlaku di kawasan Dan Nok, daerah Sadao, dekat  sempadan Thailand-Malaysia.

Video tersebut menunjukkan mangsa terbaring di tanah dengan bajunya koyak.

Dia cuba mengangkat tangan untuk meminta pertolongan,  manakala seorang lelaki dilihat memegang tukul dan cuba meragut rantai leher mangsa.

Menurut mangsa, penyerang tersebut merupakan suaminya yang bertugas di Balai Polis Wilayah Satun.

Ujarnya, pertengkaran mereka bermula apabila suspek cemburu melihat mangsa pergi ke parti hari lahir rakannya.

Suspek dikatakan menarik dan menghempas kepala mangsa ke atas jalan sebelum merosakkan keretanya menggunakan tukul.

Polis Sadao yang memeriksa lokasi kejadian menemui sebuah kereta jenis Mazda dengan kaca bertaburan di atas jalan serta badannya kemek.

Suspek dilaporkan dalam proses untuk menyerah diri bagi menjalani soal siasat manakala mangsa sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI