fbpx

Pernah terjebak dadah, B.I kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
B.I

PENYANYI B.I yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi penyalahgunaan dadah secara rasmi mengeluarkan permohonan maaf.

Perkara tersebut dilakukan dalam sidang akhbar di Shinhan Play Square Live Hall di Mapo-gu, Seoul ketika melancarkan album studio keduanya berjudul To Die For.

Semasa sidang akhbar berkenaan, B.I kelihatan gementar berhadapan dengan wartawan kerana kali pertama penampilan rasminya sejak insiden dadah kira-kira empat tahun lalu.

“Saya ingin memohon maaf kerana mengecewakan ramai dan menyebabkan kontroversi dengan kelakuan sosial saya.

“Tiada apa untuk diperkatakan kecuali permohonan maaf yang mahu diucapkan. Tidak ada satu hari pun saya berasa tenang.

“Sejak kes itu, saya sentiasa bermuhasabah diri dan bertaubat,” katanya dengan suara yang agak menggeletar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI