fbpx

Peluang sambar tiket awal ke Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDELELA (kanan) dan Dhabitah digugurkan daripada program RTG selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

PETALING JAYA – Dua penerjun berpengalaman negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berpeluang menyambar slot awal ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun bulan depan.

Perkara itu diakui jurulatih skuad terjun kebangsaan, Datuk Leong Mun Yee yang percaya dua Olimpian negara tersebut tiada masalah untuk menempatkan diri dalam kelompok 12 terbaik di Fukuoka dari 14 hingga 22 Julai nanti.

“Persiapan untuk menghadapi Kejohanan Dunia kali ini berjalan dengan baik. Kalau kita tengok kali ini memang peluang adalah lebih tinggi untuk Pandelela dan Dhabitah melayakkan diri ke Sukan Olimpik tahun depan.

“Atlet lain juga saya harap akan menampilkan persembahan terbaik untuk cuba melayakkan diri. Namun, kalau tidak layak, masih ada peluang menerusi Kejohanan Dunia tahun depan,” katanya.

Di Kejohanan Dunia bulan depan, Pandelela, 30, selaku pemenang perak Olimpik Rio 2016 dan gangsa London 2012 akan turun dalam acara 10 meter (m) platform individu dan 10m platform seirama bersama Dhabitah.

Ratu terjun dari Sarawak itu dijangka mampu mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya dalam dua acara itu sewaktu edisi 2022 di Budapest, Hungary.

Dhabitah, 23, yang meraih tempat keempat Tokyo 2020, pula dikatakan akan turun dalam acara 3m papan anjal individu selain bergandingan dengan Pandelela untuk 10m platform seirama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN