fbpx

PDRM buat kejutan tumbangkan skuad Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain PDRM meraikan jaringan kemenangan ketika menewaskan Selangor 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ kelmarin. – PDRM FC

PASUKAN Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) percaya mereka bukan ‘menang nasib’ selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Selangor FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin.

Pada aksi itu, skuad The Cops mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk mengutip tiga mata berharga menerusi jaringan yang dilakukan oleh penyerang import, Bruno Suzuki pada babak kedua.

Ketua jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz percaya, anak-anak buahnya layak untuk melakar kemenangan kerana berjaya menyudahkan peluang ke­emasan, sekali gus meraih keputusan positif kali ini.

“Syukur kami dapat melakar kemenangan ke atas pasukan Selangor yang dianggap antara terbaik di Malaysia selepas ­Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Ia bukanlah perlawanan yang mudah kerana kita perlu ikut strategi menyerang balas pantas.

“Apa yang pasti, jika pasukan tidak jaringkan gol, kita tidak boleh menang dan kami berjaya melakukannya.

“Malah, prestasi yang dipamerkan oleh pasukan sepanjang perlawanan juga wajar dipuji.

“Mungkin kita ada taktikal yang ditetapkan dengan bertahan sebahagian besar perlawanan tetapi itulah yang perlu kita lakukan apabila bertemu pasukan berkualiti seperti Se­langor,” katanya.

Sementara itu, Azzmi turut memuji impak yang dipamerkan oleh penjaga gol pasukan, Mohamad Ramdhan Ab Hamid yang kekal tenang di gawang meskipun ada mengalami kecederaan di penghujung perlawanan.

“Kita beruntung kerana memiliki empat penjaga gol berkualiti termasuk Ramdhan. Dia telah jalankan tugas dengan baik tetapi saya lihat dia mengalami sedikit kecederaan dan perlu menunggu laporan lanjut daripada pegawai perubatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI