fbpx

Leipzig pertahan kejuaraan DFB Pokal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Leipzig meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan DFB Pokal selepas menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 pada aksi final di Olympiastadion awal pagi semalam. – AFP

BERLIN – RB Leipzig mencipta sejarah tersendiri apabila mempertahankan kejuaraan DFB Pokal buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 pada aksi final di Olympiastadion awal pagi semalam.

Pemain sayap lincah, Christopher Nkunku mendapat penghormatan tinggi daripada para penyokong apabila mempamerkan aksi berkelas dunia dalam aksi terakhirnya bersama Leipzig sebelum menyertai Chelsea selepas ini.

Nkunku, 25, membuka tirai jaringan pada minit ke-71 sebelum Leipzig menggandakan ke­lebihan lima minit sebelum tamat permainan melalui Dominik Szoboszlai yang kini menjadi buruan Newcastle United dan Liverpool.

Ketua jurulatih Leipzig, Marco Rose berbangga dengan keseluruhan prestasi yang ditunjukkan anak-anak buahnya selepas kali pertama memenanginya musim lalu ketika menewaskan SC Freiburg menerusi penentuan sepakan penalti.

“Boleh dikatakan hampir semuanya berjalan dengan sempurna sejak hari pertama saya tiba di sini. Saya beruntung kerana mengambil pasukan yang begitu hebat.

“Malah, saya dikelilingi dengan ramai profesional dan kelab yang diuruskan dengan begitu baik selain stadium sentiasa dipenuhi para penyokong setia. Ia memudahkan tugas anda untuk memenangi kejuaraan,” katanya.

Perjalanan Leipzig musim ini dianggap amat cemerlang kerana turut berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan selepas menamatkan kempen Bundesliga di tempat ketiga.

Kini, Leipzig boleh memberikan fokus kepada jendela perpindahan pemain untuk mencari pengganti kepada Nkunku dan Szoboszlai yang hampir pasti meninggalkan kelab itu sejak berhijrah daripada RB Salzburg pada Disember 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI