fbpx

Lamar Shila di taman tema, Ubai dipuji ‘gentleman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video Ubai melamar Shila di sebuah taman tema air.

PETALING JAYA – Selepas mengikat tali pertunangan, pempengaruh media sosial Ubai meraih pujian ramai apabila melamar penyanyi Shila Amzah menjadi suri hatinya di sebuah taman tema air terkenal di sini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan penyanyi itu dalam Instagram miliknya, Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli meraikan Shila dengan sebuah makan malam berkonsepkan ‘candle light dinner’ di tepi tasik.

Kejutan tersebut ternyata memberi kegembiraan kepada pelantun lagu Patah Seribu itu apabila jelas tergambar kebahagiaan pada raut wajahnya.

“Alhamdulillah. First time in forever,” tulisnya dalam Instagram.

Lebih mengejutkan pemilik nama penuh Nurshahila Ami Hamzah ialah kain rentang dari atas jambatan gantung yang tertera perkataan “will you marry me Sha?” (sudikah anda berkahwin dengan saya?).

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Ubai menghargai tunangnya itu.

“Tak sangka Ubai lelaki romantis dan gentleman. Kebahagiaan mereka sangat jujur.

“Shila berhak bahagia, semoga kekal ke akhir hayat,” komen segelintir netizen.

Terdahulu, pasangan tersebut selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama Ubai dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada 26 Mei lalu.

Perkara tersebut mengejutkan ramai susulan beberapa hari sebelum itu timbul spekulasi hubungan mereka sudah putus selepas lima bulan bercinta. Mereka difahamkan bakal bernikah tahun ini.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI