fbpx

Hujan lebat, ribut petir di KL petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kuala Lumpur, Labuan dan beberapa kawasan di tujuh negeri diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah (Langkawi, Kubang Pasu dan Padang Terap), manakala Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), manakala Selangor (Gombak dan Petaling),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat di Sarawak adalah Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Kata MetMalaysia, bagi Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat.

*Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI