fbpx

Kekasih Kim Jong-kook jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JONG-KOOK

KHABAR angin percintaan peserta Running Man, Kim Jong-kook kini heboh diperkatakan peminat K-pop.

Bukan hanya dalam kalangan peminat, malah perkara tersebut turut diperkatakan golongan selebriti, termasuk pelakon Cha Tae-hyun seperti yang disuarakan dalam satu episod Running Man baru-baru ini.

Tae-hyun dalam nada bergurau menyatakan bahawa teman wanita Jung-kook itu merupakan seorang pelajar di University of California, Los Angeles (UCLA) dah sudah mempunyai seorang anak.

Pertanyaan tersebut bagaimanapun tidak dijawab oleh aktor berusia 47 tahun itu.

Dalam masa sama, pelawak Kim Sun-young juga bertanyakan isu sama kepada Jung-kook.

“Adakah betul khabar angin mengatakan kamu mempunyai teman wanita di Los Angeles (LA)?” tanya Sun-young.

Pertanyaan tersebut disahut dengan gurauan dua lagi selebriti lain dalam program berkenaan.

“Dia mempunyai seribu teman wanita di LA.

“Dia baru sahaja bercinta dengan seorang wanita bernama Victoria,” dedah pengacara Jung Hyung-don yan turut berada di lokasi sama.

Kenyataan Hyung-don benar-benar membuatkan Jung-kook tertawa, namun tetap mengunci mulut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI