fbpx

Kalau dijemput, saya datang PAU – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (empat kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena karnival yang diadakan di pekarangan Stadium Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari bersedia ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 sekiranya menerima jemputan.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor memaklumkan setakat ini tiada jemputan diterima secara rasmi diterima daripada pihak UMNO.

“Insha-Allah, jika dijemput saya akan datang ke perhimpunan tersebut. Namun kena tengok juga kesesuaian masa untuk saya hadir,” katanya ketika ditemui ketika selepas menghadiri Karnival Jom Heboh Generasi Muda Selangor 2023 di pekarangan Stadium Shah Alam, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan PAU 2023 yang berlangsung pada Rabu ini bakal mencipta sejarah apabila menyaksikan pemimpin parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke program itu.

Berhubung keputusan Pemuda UMNO tidak menjemput wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun enggan mengulas dan mencampuri urusan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI