fbpx

JDT berjaya rekod 100 peratus kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan jaringan JDT ketika menewaskan Penang FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang kelmarin. – JST

MENAMATKAN aksi pusingan pertama Liga Super musim ini dengan noktah sempurna iaitu menang semua 13 perlawanan termasuk ketika menundukkan tuan rumah, Penang FC 2-0 di Stadium Bandaraya kelmarin membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara ketika ini.

Gembira dengan kejayaan itu, pengendali JDT, Estaban Solari memberikan kredit kepada para pemainnya yang dianggap sebagai paling layak untuk menerima pujian kerana telah bekerja keras untuk memenangi setiap perlawanan liga musim ini.

“Sudah tentu saya bangga de­ngan pemain-pemain kerana sebelum perlawanan, saya telah mengingatkan mereka bahawa ini adalah perlawanan terakhir untuk pusingan pertama (liga).

“Ia bukan mudah walaupun mungkin ada sesetengah pihak menganggap ia mudah dan ia sebenarnya adalah satu kesilapan besar.

“Hari ini juga Selangor tewas kepada PDRM dan semua orang berkata, menentang PDRM adalah mudah. Bagi saya, tidak ada perlawanan mudah termasuk ketika bertemu PDRM,” katanya.

Selain mencipta rekod 100 peratus kemenangan dalam sai­ngan liga, skuad Harimau Selatan juga boleh dianggap paling ‘kebal’ apabila hanya bolos sekali dan menjaringkan 51 gol setakat ini.

Mengulas mengenai aksi menentang Penang FC kelmarin, Solari turut memuji keupayaan anak-anak buah Manzoor Azwira Abdul Wahid itu dalam memberikan tentangan sengit kepada mereka.

Katanya, skuad Harimau Kumbang adalah pasukan sukar kerana mereka tahu cara sebenar untuk ‘bermain’ bola sepak selain memiliki pemain berkualiti yang boleh menjadi ancaman kepada pihak lawan.

“Sebab itulah saya menganggap perlawanan itu (menantang Penang FC) adalah perlawanan yang sukar. Kita terpaksa ‘mengerah’ seluruh tenaga untuk menang.

“Pada masa yang sama, kita juga tidak benarkan mereka (Penang FC) untuk menjaringkan gol,” kata jurulatih kelahiran ­Argentina itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI