fbpx

Gelaran Tan Sri Ahmad Nawab penghormatan besar buat anak seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri kepada Ahmad Nawab.

PETALING JAYA – Penganugerahan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada komposer Ahmad Nawab satu penghormatan besar buat anak seni tanah air.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada Ahmad Nawab diatas penganugerahan berkenaan.

“Syabas Tan Sri Ahmad Nawab,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Nawab, 91, dikurniakan darjah kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI