fbpx

Cuaca buruk di Sabah, Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 10 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, bagi Sabah cuaca buruk diramal berlaku di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu)

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Sarawak: Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis dan Miri),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI