fbpx

Bangkai penyu Agar terdampar di Pantai Pandak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangkai penyu agar yang ditemui Nor Shazwa di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Keterujaan seorang wanita bertemu penyu buat pertama kali bertukar sedih apabila mendapati reptilia itu sebenarnya telah mati di Pantai Pandak, Chendering di sini semalam.

Nor Shazwa Samnuri, 27, berkata, dia dan ahli keluarganya yang bersiar-siar di pantai peranginan tersebut pada mulanya terkejut apabila melihat kelibat seekor penyu Agar di gigi pantai dari jauh.

“Saya berlari teruja ke gigi pantai kerana ini pertama kali bertemu penyu namun alangkah sedihnya apabila mendapati ia sudah mati.

“Paling menyedihkan keadaan cengkerangnya sudah pecah manakala keempat-empat kakinya pula terikat dengan batu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Nor Shazwa berkata, berdasarkan keadaan fizikal penyu Agar itu, dia percaya bangkai reptilia tersebut sengaja mahu ditenggelamkan pihak tidak bertanggungjawab ke dasar laut.

Dia yang menetap di Bukit Payong, Marang mengambil beberapa gambar bangkai penyu tersebut sebelum dihantar ke pihak bertangunggjawab agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

“Saya sedih bercampur marah kerana penyu yang merupakan spesies terancam kepupusan diperlakukan begitu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI