fbpx

Aedy, Amelia lalui fasa bahagia, serah jodoh kepada Tuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEDANG hangat bercinta, Aedy dan Amelia bagaimanapun belum rancang untuk segera berkahwin.

KUALA LUMPUR – Kesungguhan pelakon, Aedy Ashraf terbang ke Perancis demi menemani teman wanitanya, Amelia Henderson yang bertugas sebagai hos mewakili TikTok Malaysia ke  Festival Filem Cannes jelas membuktikan keseriusan hubungan cinta pasangan dua sejoli itu,

Jelas Aedy, 30, dia ke sana bagi memberi sokongan dan berbangga dengan pencapaian Amelia, selain ingin meluangkan masa bersama-sama kekasihnya itu.

“Saya ke sana sebagai tanda sokongan kepada Amelia memandangkan ini peluang terbaik untuk dirinya sebagai wakil negara menemubual selebriti Hollywood.

“Malangnya saya tidak dapat bertemu mana-mana bintang memandangkan saya tiba lewat sikit,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut hubungannya bersama Amelia, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi menzahirkan rasa syukur apabila hubungan mereka direstui peminat.

Namun, dia tidak mahu terlalu memikirkan hala tuju seterusnya perhubungan mereka, sebaliknya menikmati perjalanan hubungan tersebut selain menyerahkan urusan jodoh kepada Allah.

“Saya sangat selesa dengan Amelia, saya bersyukur peminat mendoakan yang baik-baik untuk kami dan saya harap mereka akan terus doakan kami.

“Perancangan (kahwin) belum ada lagi, kami nikmati masa kami berdua, kalau ada rezeki ada, dan begitulah sebaliknya,” jelas Aedy ketika ditemui di Majlis Penjenamaan Semula Fam’ Fries, di sini, semalam.

Terdahulu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya dalam sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Aedy sendiri membuat hantaran seperti sedang patah hati dalam laman sosialnya.

Namun, mereka kembali rapat dan menjadi pasangan kekasih selepas setahun tidak berjumpa dan bertentang mata. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI