fbpx

Speedy Tigers tukar pelan ke Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA dijadualkan menghadapi Trofi Juara-Juara Asia yang akan berlangsung di Chennai, India pada Ogos depan.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) terpaksa membatalkan perancangan menentang gergasi-gergasi Eropah, sebaliknya menghantar skuad hoki lelaki negara  ‘berkampung’ di bumi Korea Selatan dari 18 hingga 28 Jun ini.

Perancangan Speedy Tigers terjejas disebabkan keputusan Persatuan Hoki Asia (AHF) menganjurkan Trofi Juara-Juara Asia 2023 di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai, India dari 3 hingga 12 Ogos depan.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal merasakan pertemuan dengan Korea Selatan akan memberikan manfaat memandangkan lawan itu berada di ranking kesembilan dunia selain berjaya mara ke suku akhir Piala Dunia 2023.

“Pelan (ketua jurulatih) Arul Selvaraj dan (pengurus) Datuk Mirnawan Nawawi ke Korea Selatan bulan ini selama 10 hari dari 18 hingga 28 Jun. Kita akan sparring dengan Korea Selatan.

ARUL (tengah) dan Mirnawan (kiri) merasakan jelajah Korea Selatan bulan ini sebagai persiapan terbaik sebelum menghadapi Trofi Juara-Juara Asia pada Ogos depan.

“Suka tak suka mereka di tangga kesembilan dan kita ke-10 dunia. Tidak mudah tetapi mereka boleh dikalahkan. Ini adalah sebahagian daripada persediaan kita ke Trofi Juara-Juara Asia.

“Sebelum ini perancangan pasukan lelaki ke Eropah menentang Belgium, Jerman dan Sepanyol. Malangnya, AHF datang dengan Trofi Juara-Juara Asia, jadi Arul terpaksa mengubah percaturan dan kita ke Korea Selatan,” katanya.

Pencapaian terbaik Speedy Tigers di pentas Trofi Juara-Juara Asia adalah tempat ketiga sebanyak lima kali berturut-turut pada 2011, 2012, 2013, 2016 dan 2018.

Bagaimanapun, skuad negara mengambil keputusan menarik diri daripada beraksi edisi 2021 di Dhaka, Bangladesh disebabkan bimbang dengan situasi penularan Covid-19 ketika itu.

Kem latihan di Korea Selatan dan Trofi Juara-Juara Asia tetap dilihat sebagai langkah persediaan terbaik Malaysia untuk menjuarai Sukan Asia Hangzhou di China pada September depan untuk layak automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI