fbpx

Remaja perempuan ditahan peras ugut sebar gambar tak senonoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TANGKAK – Seorang remaja perempuan ditahan Isnin lalu bagi membantu siasatan kes peras ugut terhadap seorang wanita membabitkan kerugian RM27,000.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman, suspek berusia 17 tahun diberkas di Taman Seri Nilam kira-kira pukul 4 petang kelmarin susulan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

“Siasatan awal mendapati suspek menggunakan laman Facebook milik individu lain atas nama “Rayyan Razak” untuk mengugut menularkan gambar tidak senonoh mangsa jika mangsa gagal menyerahkan sejumlah wang.

“Kejadian berlaku selepas mangsa mengenali suspek melalui Instagram bermula 28 Januari lalu.

“Sejak itu, sebanyak RM27,000 telah diserahkan mangsa kepada suspek melalui 32 transaksi dari tiga akaun berlainan selepas suspek terus menggunakan modus operandi yang sama untuk mengugut mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Idris, ugutan terakhir dilakukan suspek pada kira-kira pukul 11.20 malam 31 Mei lalu dengan suspek meminta wang sebanyak RM600 lagi.

Ini menyebabkan mangsa akhirnya nekad memberitahu ibunya berhubung perkara itu pada keesokan harinya sebelum membuat laporan polis.

Siasatan juga mendapati mangsa warga tempatan berusia 20 tahun tidak pernah bertemu secara bersemuka dengan suspek.

Idris berkata, sewaktu tangkapan, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah telefon berjenama Oppo beserta kad sim, sekeping kad bank dan wang tunai berjumlah RM152 daripada suspek.

“Suspek warga tempatan tidak bekerja tetap direman tiga hari bermula semalam sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN