fbpx

Remaja 13 tahun kerja sambilan pandu lori Roro ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki yang ditahan memandu lori itu.

SHAH ALAM – Tindakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bekerja sambilan dengan memandu lori mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa di Persiaran Mokhtar Dahari di sini, semalam.

Penahanan pelajar sekolah itu dilakukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang mengesan lori jenis ‘Roll On Roll Off’ (Roro) dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya kemudian mendapati lori tanpa muatan itu dinaiki dua remaja lelaki yang juga adik-beradik.

“Siasatan awal mendapati remaja itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori milik syarikat keluarganya. Reamaja tersebut bersama abangnya berusia 15 tahun yang merupakan kelindan.

“Selain memandu dibawah umur, kita mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) dan tiada tanda had laju,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Khairul Khar, pihaknya menyita lori itu mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok bagi tindakan lanjut.

“Memandu di bawah umur juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 akta sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI