fbpx

Pemandu mabuk rempuh tiga penunggang berteduh di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga penunggang motosikal maut ditempat kejadian akibat dirempuh kereta Honda terbabit. Foto ihsan PDRM

PETALING JAYA – Gara-gara memandu ketika mabuk, tiga nyawa penunggang motosikal melayang manakala tiga lagi cedera akibat dirempuh sebuah kereta Honda di Kilometer 19.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Selatan, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan berkenaan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan enam buah motosikal sekitar pukul 6.50 pagi.

Menurut Fakhrudin, siasatan awal mendapati ketika kejadian kereta Honda City berkenaan dipandu oleh lelaki warga tempatan dan dalam perjalanan dari Kuala lumpur ke Cyberjaya.

“Kereta yang dipandu lelaki berusia 26 tahun terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat.

“Tiga penunggang motosikal adalah lelaki berusia 19 hingga 37 tahun disahkan maut di lokasi kemalangan manakala tiga lagi dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang mangsa cedera parah kini sedang dirawat di zon merah dan dua lagi mangsa sedang mendapatkan rawatan di zon kuning,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan A/L Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI