fbpx

Mona Allen diminta berhenti menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONA ALLEN

WALAUPUN kedengaran kejam, tapi ada betulnya juga apabila netizen meminta pelakon Mona Allen memberi tumpuan pada bidang lakonan sahaja dan tidak perlu cuba menyanyi.

Seperti yang diketahui ramai, isteri kepada Pekin Ibrahim itu sedang mengikuti sebuah program nyanyian, Mic On.

Dalam sebuah video yang tular baru-baru ini, kelihatan Mona menyanyikan lagu berjudul Rindu Padanya nyanyian asal Camelia.

Ramai yang ‘terkejut’ selepas mendengar suara nyanyiannya dan meminta Mona untuk tidak menyanyi lagi.

Nakal betul netizen. Janganlah jadi kejam sangat.

Pujian patut diberikan kepada Mona sebab berani menyahut cabaran menyertai pertandingan menyanyi walaupun dirinya bergelar seorang pelakon.

Mona sendiri kata itu kali pertama dia menyanyi di hadapan khalayak ramai. Sudah tentu ada rasa gementar. Jadilah netizen yang baik-baik ya sayang.

DIVA: Shuib dan Watie dah pun edar kad jemputan majlis pernikahan mereka yang akan berlangsung 7 Jun nanti. Tahniah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI