fbpx

Lelaki serang, tampar doktor semasa persidangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menyerang doktor tersebut di hadapan orang ramai. - TMZ

WASHINGTON – Seorang suami menampar muka seorang doktor yang sedang berucap di khalayak ramai selepas menuduh lelaki tersebut melakukan serangan seksual terhadap isterinya, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Video kejadian itu dirakam bulan lalu semasa mesyuarat tahunan American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) di bandar Baltimore, Amerika Syarikat.

Seorang lelaki dirakam menghampiri seorang doktor yang sedang bercakap di atas pentas memarahinya dan menampar mukanya beberapa kali.

Menurut saluran berita WMAR, doktor itu bekerja di Pusat Kanser Universiti Stony Brook di Long Island, New York.

“Lelaki ini menyerang isteri saya secara seksual tujuh tahun lalu. Kamu tahu apa yang kamu telah lakukan. Kamu ‘sentuh’ isteri saya di New York tujuh tahun lalu.

“Ini untuk semua lelaki yang menyerang wanita secara seksual. Jadilah lelaki sejati,” jerit lelaki itu sebelum menampar doktor berkenaan.

Kedengaran seorang penonton ketawa yang mendorong lelaki itu mendekati doktor tersebut sekali lagi.

“Tujuh tahun saya telah menunggu saat ini. Tujuh tahun! Isteri saya menderita kerana kamu,” katanya.

Pegawai kemudian dipanggil ke persidangan itu dan siasatan telah dilancarkan. ACOG mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kejadian itu.

Doktor yang diserang tidak menuntut sebarang dakwaan terhadap lelaki itu, namun meminta dia diiringi keluar dari premis tersebut, jelas Polis Baltimore. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI