fbpx

Lebih 700 ‘Spiderman’ serbu pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan ramai orang menyertai memakai kostum adiwira popular itu.

PETALING JAYA – Kompleks beli-belah AEON Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini meriah dengan kehadiran lebih 700 individu yang memakai kostum adiwira ‘Spiderman’.

Program itu dipercayai diadakan untuk memecah rekod dunia peserta paling ramai memakai kostum berkenaan.

Menerusi video klip yang dimuat naik seorang pengunjung di TikTok Tauhidaziz1 memaparkan ramai individu pelbagai peringkat usia menyertai program tersebut.

“Lebih 700 ‘Spiderman’ berkumpul pecah rekod perkumpulan terbesar untuk ‘Spiderman’,” katanya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut berasa teruja dengan suasana ketika hari tersebut.

“Nasib baik tak pergi semalam. Kalau tidak, penuh ‘Spiderman’ sampai tak nampak dah kedai,” komen Faiza.

“Risau, ‘Spiderman’ tak boleh cari makan dah, banyak pesaing,” seloroh Meykertu.

“Alahai, kenapa aku tidak tahu ini, kalau tidak, boleh turut serta,” rungut Futrah Hurairah.

Video itu meraih 93,600 ribu tontonan, 8581 kesukaan dan 1318 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI