fbpx

Jisoo dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JISOO

AHLI kumpulan Blackpink, Jisoo telah disahkan positif Covid-19. Perkara tersebut diumumkan YG Entertainment sendiri melalui Weverse (aplikasi media sosial).

Label terbabit menyatakan Jisoo mengalami simptom selesema ringan pada hujung bulan lalu.

Keputusan ujian Covid yang dibuat Jisoo pada awalnya negatif, namun selepas beberapa hari, penyanyi jelita itu terpaksa akur akhirnya dia dijangkiti virus maut itu.

Walaupun Jisoo berhasrat untuk memenuhi janji dibuat kepada peminat setia yang sudah lama menantikan persembahannya, atas aspek keselamatan semua orang terlibat, dia diputuskan untuk tidak mengambil bahagian.

Rentetan itu, hanya tiga ahli yang lain iaitu Jennie, Rose dan Lisa membuat persembahan pada konsert jelajah mereka di Osaka, Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI