fbpx

Bomba guna teknik ‘surface searching’ cari kanak-kanak dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaedah river bank searching menggunakan anjing K9 turut digunakan oleh anggota bomba bagi mengesan kanak-kanak tersebut di Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Anggota bomba meneruskan pencarian terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Lubuk Hantu, Simpang Empat di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi hari ini diteruskan menggunakan teknik surface searching sejauh 2 kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Pembahagian pasukan dibahagikan kepada empat iaitu setiap pasukan seramai lapan anggota.

“Keadaan di lokasi kejadian tidak mengizinkan untuk anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat pencarian secara selaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan, kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Edward Grang Anak Jenggut datang ke tapak perkelahan itu bersama keluarganya.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim diatur gerak ke lokasi kejadian selepas pihak berkenaan menerima maklumat pada pukul 5.06 petang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan semalam bersama penduduk kampung pada jarak 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI