fbpx

95 program Ijazah Sarjana Muda secara hibrid, anjal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 95 Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada 19 Universiti Awam telah bersedia untuk melaksanakan pembelajaran secara hibrid dan anjal bermula kemasukan Sesi Akademik 2023/2024.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembelajaran secara hibrid dan jadual anjal bermakna para pelajar akan menghadiri kuliah di universiti hanya pada tahun pertama dan tahun akhir sahaja.

“Pada tahun-tahun di pertengahannya, pelajar akan diberi pilihan dan keanjalan untuk mengikuti pengajian dari rumah, tanpa perlu hadir secara fizikal di kelas.

“Maksudnya, mahasiswa boleh menghadiri kuliah secara dalam talian sahaja. Melalui inisiatif ini, bukan sahaja mahasiswa boleh menyusun aktiviti mereka dengan lebih fleksibel. Ia akan memberi beberapa kelebihan.

“Dapat mengurangkan jumlah pinjaman dan kos pendidikan, membuka ruang untuk mahasiswa
bekerja atau melakukan perkara-perkara yang memerlukan mereka untuk tidak berada di kampus,” katanya pada Majlis Penutupan Jom Masuk U 2023 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) di sini hari ini

Mohamed Khaled seterusnya memaklumkan, sebanyak 44 program pengajian dari sembilan IPT telah dikenal pasti untuk dipendekkan tempoh pengajian daripada empat kepada hanya tiga tahun.

Menurut beliau, pemendekan tempoh pembelajaran itu akan mengurangkan jumlah pinjaman atau kos pengajian yang perlu ditanggung dan pada masa sama membuka peluang untuk graduan
memasuki pasaran kerja setahun lebih awal.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama dari keluarga B40 pada tahun ini akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua 20 Universiti Awam.

Jelas beliau, inisiatif menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung itu akan memberi implikasi kewangan keseluruhan.sebanyak kira-kira RM30 juta kepada semua Universiti Awam.

“Semoga dengan inisiatif ini, wakil lertama dari keluarga B40 yang berjaya memasuki IPT akan dapat mengikuti pengajian tinggi dengan selesa, tenang dan berprestasi tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI