fbpx

Liga Super: The Cops ‘gari’ Selangor FC, menang 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertembungan antara penjaga gol PDRM, Mohamad Ramdhan, pertahanan PDRM, James Onyekachukwu Okwuosa, dan pemain Selangor, Ayron Del Valle pada aksi Liga Super di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC mengalami kejutan luar jangkaan selepas tewas 0-1 kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) pada aksi Liga Super di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe mengekalkan ramuan berbisa dengan jentera serangan masih lagi dikuasai Faisal Halim, Ayron Del Valle dan Yohandry Orozco.

Bagaimanapun, skuad The Cops yang bimbingan Azzmi Aziz dilihat mempamerkan corak permainan bertahan selepas menerima asakan bertali arus daripada pasukan pelawat.

Jentera serangan skuad Merah Kuning dilihat buntu untuk memecah kebuntuan dengan beberapa percubaan tidak menepati sasaran selain turut diselamatkan penjaga gol, Mohamad Ramdhan Ab Hamid.

Bersambung pada babak kedua, Selangor memperkemaskan jentera serangan dengan membuat pertukaran V. Ruventhiran, Hein Htet Aung dan Rauf Salifu.

Namun, PDRM pula yang melakukan kejutan apabila meraih gol tunggal perlawanan hasil jaringan dilakukan oleh pemain import, Bruno Suzuki pada minit ke-61.

Skuad Merah Kuning berusaha untuk bangkit sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri tetapi masih gagal menembusi tembok kebal pasukan tuan rumah dengan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini adalah kekalahan kedua Selangor pada saingan liga musim ini selepas turut dikecewakan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Mac lepas.

Keputusan tersebut menyaksikan Selangor kekal dengan 28 mata manakala PDRM meraih 16 mata selepas mengharungi 13 perlawanan musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI