fbpx

Ramai ‘lapar’ tengok pelamin Shila, Ubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAMIN ketika majlis pertunangan Shila Amzah dan Ubai yang dikatakan seperti sepinggan nasi goreng Cina.

CERITA Shila Amzah dan tunangnya, Ubai boleh dikatakan antara paling menyita perhatian minggu ini.

Bukan sahaja kisah pertunangan mengejut tetapi pelaminnya untuk majlis tersebut juga menjadi bualan ramai.

Pelbagai komen lucu diberikan netizen dan antara paling menarik perhatian ialah bingkai pelamin yang dihiasi dengan taburan bunga dikatakan mirip nasi goreng Cina.

“Lucu pula rasa, ‘backdrop’ pelamin tunang Shila macam konsep tiga pinggan nasi goreng Cina,” seloroh netizen.

“Warna bunga macam nasi goreng Cina. Nasi goreng Cina atau nasi goreng cinta?” komen pengguna Twitter.

Shila bagaimanapun tidak kisah dengan gurauan tersebut dan bersyukur sekiranya netizen berasa ‘kenyang’ melihat pelaminnya cintanya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI