PETALING JAYA – Barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri sebulat suara membuat keputusan untuk tidak akan menjemput wakil mana-mana parti lain dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan.
Ketua Pemudanya, Muhamad Akmal Salleh berkata, keputusan itu dicapai menerusi undian yang telah dibuat.
“Keputusan untuk tidak menjemput mana-mana parti ke perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah keputusan diambil bersama oleh semua barisan Exco dan Ketua Pemuda negeri.
“Diundi dan mendapat undian sebulat suara oleh semua Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri.
“Ini ruang untuk kita perjelas,meluah dan perbetulkan apa yang menjadi tanda tanya di kalangan adik beradik kita. Selesaikan hal adik beradik kita dahulu sebelum menjemput orang luar datang dan masuk ke rumah kita,” katanya dalam hantaran hari ini. – KOSMO! ONLINE.