fbpx

Hutan Simpan Kuala Langat Utara sudah diwartakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tujuh kiri) melihat beberapa ekor lembu yang akan diagihkan dalam program itu di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor sudah mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang sebelum ini dinyahwartakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pewartaan hutan simpan itu dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang berlangsung pada dua minggu lalu.

“Keluasan bagi hutan ini masih sama seperti sebelum (dinyahwartakan) dan pengumuman rasmi berhubung perkara ini akan dibuat Jabatan Perhutan Negeri Selangor (JPNS) nanti.

“Namun ada sebahagian yang kita keluarkan untuk jajaran paip Loji Rawatan Air Sungai Rasau dan untuk kawasan Kampung Busut Baru.

“Bagi Kampung Busut Baru ini, kita keluarkan sebagai kawasan rayau dan penempatan Orang Asli untuk memastikan tiada pembangunan dibuat di situ,” katanya selepas menghadiri Majlis Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 (PSKNS 2023) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Kosmo! pada Mac lalu melaporkan Gabungan Pertahan HSKLU mendesak kerajaan negeri menyegerakan pewartaan semula hutan simpan tersebut.

Mengulas mengenai PSKNS 2023, Amirudin memaklumkan bahawa kerajaan negeri membelanjakan RM6 juta bagi menjayakan program itu.

“Mana-mana masjid yang lembu untuk dijadikan korban banyak, kita tak bagi lah. Kita cuma bagi pada masjid dan surau yang jumlah korbannya tak banyak dan juga tak ada.

“Pada tahun ini, kita beri 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing kepada masjid dan surau terpilih di negeri ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI