fbpx

Anuar elak menari dalam akaun TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUAR sedar bakat seninya lebih kepada seni suara bukan tarian.

CYBERJAYA – Lebih selesa kekal dengan identiti asal, Anuar Zain enggan mengikuti trend menari dalam platform TikTok yang ditakuti boleh memalukan dirinya sendiri.

Kata penyanyi itu, kemampuannya hanya mendendangkan lagu, manakala menari bukan ‘forte’ atau sesuatu yang boleh dilakukan dengan baik seperti selebriti lain.

“Sebenarnya saya pun tak tahu sangat nak berjoget. Memang jelas pun saya tiada bakat ke arah itu (menari), berbanding menyanyi.

“Jadi kalau kata ikut macam orang lain buat video menari, saya tak boleh buat. Kalau tiada bakat lebih baik tak payah, sebab bimbang jadi bahan ketawa orang.

“Jangan nanti apabila saya semakin bertambah usia, baru terfikir tentang tindakan sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online, selepas latihan konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds, baru-baru ini.

Menurut penyanyi Sedetik Lebih itu, sebagai penggiat seni hiburan, dia tidak menolak kepentingan platform media sosial, namun tetap percaya kepada media konvensional yang lebih bertahan lama.

“Sejujurnya, saya tidak percaya dalam mengikut trend kerana impaknya hanya sementara disebabkan penerimaan umum secara bermusim.

“Berbeza dengan sesuatu yang ‘evergreen’ atau malar segar, hasilnya akan terus kekal selamanya. Saya lebih suka kepada cara lama yang konvensional,” ulas penghibur berusia 53 tahun itu lagi.

Mempunyai akaun Instagram dan TikTok yang turut dikendalikan pengurusannya, Anuar teruja dapat menggunakan medium berkenaan untuk berinteraksi dengan peminat.

Namun katanya, selain membalas sendiri komen pengikut, dia juga menapis sebarang perkara yang dirasakan tidak perlu untuk dikongsi dengan orang ramai termasuk membabitkan perniagaan.

“Kalau ada masa lapang saya sendiri akan membalas mesej langsung serta komen peminat kerana itu salah satu cara saya berkomunikasi dengan mereka.

“Tetapi apabila membabitkan promosi produk, saya takkan ‘repost’ disebabkan enggan mana-mana pihak salah guna imej saya untuk tujuan lain,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI