fbpx

AGC selar tuntutan melampau peguam waris Sultan Sulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menyangkal tuntutan oleh seorang peguam kepada pihak mendakwa waris Sultan Sulu dan menafikan segala dakwaannya.

Menerusi kenyataan di sini, jabatan berkenaan menyelar dengan tegas setiap tohmahan dan sindiran ditulis Paul H. Cohen dalam suratnya bertarikh 28 Mei.

“Kesemua dakwaan beliau adalah sama sekali tidak benar dan secara terang-terangan tidak mengendahkan fakta sebenar tuntutan itu yang tidak dapat disangkal lagi,” katanya.

AGC merujuk surat tersebut yang diterima pihaknya pada 29 Mei lalu daripada individu itu konon mendakwa peguam waris Sultan Jamalul Kiram II dalam tuntutan ke atas Malaysia.

Surat berkenaan menuntut kerajaan Malaysia membayar segera sebelum tarikh semalam berjumlah AS$16.412 bilion (kira-kira RM75 bilion) termasuk 10 peratus caj faedahnya bagi bayaran kepada peguam dan ahli pakar serta proses timbang tara.

Tuntutan peguam itu juga meliputi bayaran kerana Malaysia kononnya membuat dakwaan keterlaluan dan tindakan ke atas penimbang tara dilantik waris iaitu Dr. Gonzalo Stampa.

Mengulas lanjut, AGC berkata, kandungan surat Cohen itu memberi gambaran tidak tepat dan memfitnah kerajaan Malaysia berhubung tindakan undang-undang yang telah diambil.

“Tuntutan itu cuba mewujudkan rekod bertulis bagi perkara tidak benar bertujuan untuk digunakan ke atas Malaysia dan AGC menyelar tegas segala dakwaan tersebut,” katanya.

Jabatan berkenaan turut menambah, penuntut itu adalah melampau apabila membuat tuntutan bayaran ‘Final Award’ sedangkan prosiding perundangan masih lagi berlangsung selain pihaknya merekodkan bahawa kerajaan bertegas membantah perkara itu dan mengekalkan pendirian tidak iktiraf semua tindakan Stampa dilihat tidak sah dari segi undang-undang.

Satu laporan polis juga telah dibuat kelmarin terhadap peguam itu atas kenyataannya dan dakwaan tidak adil terhadap Peguam Negara untuk membolehkan siasatan dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI