fbpx

17 kenderaan perdagangan kena saman pandu laju lorong kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ melakukan pemeriksaan sebuah lori sewaktu operasi khas di Pulau Pinang, kelmarin.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 17 notis saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan perdagangan yang dikesan memandu laju di lorong kanan secara berterusan dalam satu operasi khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

Menurut JPJ negeri, operasi itu berlangsung selama lebih tiga bermula 8.30 malam, Khamis lalu dengan tumpuan diberikan terhadap kenderaan perdagangan khususnya lori yang dipandu di kawasan Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Kaedah 4(A) Peraturan Lalu-lintas 1959 dan dikuatkuasakan bertujuan mendidik serta mendisiplinkan pemandu kenderaan perdagangan supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

“Ini juga bertujuan mengelakkan berlakunya kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan yang memandu laju di lebuh raya serta menukar lorong secara tergesa-gesa tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain yang sedang memandu di lorong kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Antara pemandu kenderaan perdagangan yang diperiksa anggota JPJ Pulau Pinang pada operasi khas, kelmarin.

Jelas kenyataan itu lagi, penguatkuasaan secara berterusan dan berfokus akan terus dilakukan bagi memastikan pemandu kenderaan perdagangan mematuhi peraturan serta undang-undang yang dikuatkuasakan.

Selain itu katanya, ini bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin selamat semasa pemanduan terutamanya di kawasan lebuh raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI