fbpx

Toreh lengan jika cuba bunuh diri boleh dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOLONGAN muda yang merasa diri tidak disayangi dikatakan cenderung untuk mencederakan diri sendiri. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Individu yang sanggup menoreh lengan sendiri sehingga mengundang kepada kecederaan fizikal boleh dikenakan hukuman penjara.

Peguam sivil, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, trend yang lebih dikenali sebagai ‘barcode’ itu juga boleh diklasifikasikan sebagai percubaan membunuh diri sekiranya luka yang dihasilkan adalah dalam dan mempunyai kecenderu­ngan kehilangan banyak darah.

“Trend ‘barcode’ atau perbuatan menoreh lengan sendiri atau mana-mana anggota badan lain boleh jadi satu percubaan bunuh diri kalau luka yang dalam dan jenis luka yang ada kecenderungan hilang darah.

“Contoh toreh atau kelar di bahagian ‘vital part’, contoh dekat bahagian ‘blood vein’, jadi boleh dikategorikan bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sehingga tempoh setahun, atau denda, atau ke­dua-duanya,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, menoreh lengan menggunakan objek tajam seperti pisau kini menjadi trend dalam kala­ngan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) ko­nonnya sebagai satu terapi bagi menghilangkan depresi.

Jelasnya, jika kesan lukanya tidak dalam, maka Seksyen 309 tidak terpakai dalam situasi itu.

“Tetapi diingatkan perbuatan mendatangkan kecederaan misalnya bawah Seksyen 323 atau 324 Kanun Keseksaan tidak dinyatakan dengan jelas kepada ‘individu lain atau diri sendiri’.

“Lihat peruntukan bawah Seksyen 323, pesalah boleh dihukum kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. Walaupun tiada undang-undang jelas bahawa sebabkan kecederaan pada diri sendiri adalah kesalahan tetapi perbuatan ‘barcode’ adalah tidak wajar,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI