fbpx

Sevilla julang Liga Europa ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Sevilla meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Europa selepas menewaskan Roma menerusi penentuan sepakan penalti di Puskas Arena awal pagi semalam. – AFP

BUDAPEST – Sevilla memahat nama sebagai raja Liga Europa apabila menjuarainya buat kali ketujuh selepas menewaskan AS Roma pada aksi final di Puskas Arena awal pagi semalam.

Wakil La Liga itu memastikan gelaran milik mereka apabila mencatat kemenangan 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti sele­pas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sehingga masa tambahan.

Pemain gantian, Gonzalo Montiel menjadi wira Sevilla apabila menjaringkan gol kemenangan selepas dua pemain Roma, Gianluca Mancini dan Ro­ger Ibanez gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Jurulatih Los Rojiblancos, Jose Luis Mendilibar menghamburkan pujian terhadap pemainnya selepas memastikan Sevilla mengekalkan rekod cemerlang dalam saingan Liga Europa.

“Saya gembira berada di sini dan membantu kelab memenangi trofi. Semua orang tahu Sevilla berdepan aksi cukup sukar musim ini, jadi kejayaan malam ini (semalam) dapat memberikan senyuman kepada semua orang.

“Apabila mereka menjaringkan gol, saya sudah tahu tidak mudah untuk kami menyamakan kedudukan. Selepas mendapat gol penyamaan di awal separuh masa kedua, kami mula bangkit memberikan sai­ngan,” katanya.

Pada aksi itu, Roma mendahului perlawanan menerusi jaringan Paulo Dybala sebelum Sevilla menyama­kan kedudukan hasil gol sendiri Gianluca Mancini dan kedudukan 1-1 kekal hingga berakhir masa tambahan.

Mendilibar juga percaya masa depannya bersama Sevilla boleh dianggap selamat apabila membantu pasukan memenangi Liga Europa biarpun menampilkan aksi kurang memberangsangkan dalam saingan liga.

“Saya selesa di sini dan semua pemain faham apa saya mahukan daripada mereka. Semua di kelab sudah jalankan tanggungjawab, saya fikir akan ada tawaran kepada saya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI