fbpx

PM bidas Abdul Hadi jangan guna naratif kolot, jumud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya jangan menggunakan naratif kolot dan jumud bagi menyerang Kerajaan Perpaduan.

Malah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mempersoalkan Abdul Hadi bagi membuktikan pihaknya melakukan penindasan dan pengkhianat terhadap orang Melayu di negara ini.

“Yang penting bukan soal jumlah majoriti atau tidak, yang penting dasar. Di mana yang dasar kita tinggalkan Islam? Di mana yang kita khianat orang Melayu, mana? Yang kita curi tanah Melayu, curi saham, curi projek, di mana?

“Jangan gunakan naratif kolot dan jumud yang lalu. Tanya di mana bahasa, budaya, Islam, seni, sastera yang kita lakukan. Tetapi negara ini seperti kita sebut, negara pelbagai kaum.

“Sementara kita angkat penghayatan Islam, kita kena jaga supaya hak yang bukan Islam itu juga dipelihara. Ini perjanjian kita, ini jaminan keamanan negara kita.

“Jadi saya tidak cenderung untuk rakyat dipesongkan dengan sentimen ini,” katanya pada Majlis Perasmian Pameran Orientalism Paintings di Muzium Kesenian Islam di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia, Syed Mohamad Albukhary.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi berhubung PH tidak sesuai menjadi kerajaan dan memimpin negara kerana gabungan itu dikuasai bukan Islam.

Abdul Hadi turut dipetik berkata, kerajaan hari ini lemah kerana tidak diterajui parti Melayu Islam untuk memimpin Malaysia yang majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, soal membasmi kemiskinan, keharmonian kaum selain menghentikan amalan guna kuasa dan kedudukan seharusnya ditekankan oleh parti Kerajaan Perpaduan dan pembangkang.

“Yang dia tak dijawab kenapa sekarang kita boleh ambil tindakan tegas hentikan rompakan. Saya tahu ada kalangan pembesar, tokoh-tokoh lama… itu dia kata, buat apa nak korek yang lama-lama. Bukan saya korek, harta rakyat mesti dipulangkan.

“Kalau tengok naratif yang lama-lama, kalau tengok naratif itu dalam kalangan orang yang ada kes kalau ikut, kalau teliti betul-betul dia takut dia disiasat, kamu dah ambil, pulangkan balik. Bagi saya kalau tanya ‘success’ apa, kita pertahankan perlembagaan.

“Kita tingkatkan makna bahasa, budaya, Islam, membasmi kemiskinan, keharmonian antara kaum, menghormati hak mereka, dan yang utama hentikan amalan guna kuasa dan kedudukan untuk rompak harta rakyat, ini yang patut ditekankan oleh parti Kerajaan Perpaduan dan pembangkang,” tegas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI