Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia cukup terkenal dengan rasanya yang begitu pahit, namun kaya dengan khasiat.
Tahukah anda peria baik untuk penglihatan? Mengikut kajian, hanya dengan mengambil 94 gram peria dalam diet seharian (dimasak atau mentah), ia membekalkan hingga 44 peratus jumlah vitamin A yang diperlukan badan.
Selain itu, peria juga penting dalam penghasilan sel kulit baharu.