fbpx

Norhafizah bangkit setelah diuji kemelut kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejak beralih ke bisnes kecantikan, Norhafizah lebih berkeyakinan.

KEMELUT kewangan yang melanda ibu kepada enam cahaya mata lelaki ini beberapa tahun lalu merubah 360 darjah hidupnya kini.

Menjadi suri rumah dan membantu suami berniaga barangan pendidikan kanak-kanak secara online membuatkan dirinya nekad untuk keluar dari zon tersebut.

Menurut Norhafizah Hasamuddin, ketika itu perniagaan yang dijalankan bagi membantu suami menambah sumber pendapatan semakin hari kian sukar mendapat tempat di hati pelanggan kerana saingan yang begitu sengit.

Tambah memeritkan, disebabkan masalah kewangan itu, dia dan suami tidak dapat menghantar anak kelima mereka ke tadika kerana tidak mampu membayar yuran ketika itu. Memandangkan anak mereka ramai, maka Norhafizah dan suami terpaksa mengutamakan persekolahan anak-anak yang lain terlebih dahulu.

“Pada mulanya saya cuba bersabar dan teruskan perniagaan seperti biasa, tapi lama-kelamaan macam sama saja.

“Jadi, secara kebetulan pada masa itu sekitar awal 2020, ada sebuah jenama produk kecantikan sedang naik namanya di pasaran. Bermula dari situlah saya beranikan diri untuk sertai bisnes yang disediakan jenama itu dengan mendaftarkan diri menjadi dropship,” katanya yang berkongsikan kisah inspirasi sebagai salah seorang usahawan berjaya Haus Cosmetics kepada Aura.

Meneruskan cerita, Norhafizah, 42, berkata, sejak dari itu, dia semakin jatuh hati dengan bisnes baharu yang disertainya sekali gus mengubah nasib hidupnya kini.

Kejayaan dicapai dengan kerja secara berpasukan.

“Jujur saya katakan, semasa saya sertai jenama itu, saya belum pernah lagi pakai produk mereka, tetapi saya memang nekad ingin cuba dan sambil menjual dapat juga berkongsi manfaat bersama rakan-rakan. Betul orang cakap, dah cuba sekali memang jatuh hati dengan air tangan Puan Eiyma Jalil (pengasas Haus Cosmetics) ini,” ujarnya.

Jelas anak jati kelahiran Alor Gajah, Melaka ini lagi, dia kemudian menjadi ejen dan pada awal tahun 2021 ketika negara sedang dibadai pandemik Covid-19, rezekinya dinaikkan kepada stokis hinggalah ke detik ini.

“Perjalanan saya dengan Haus Cosmetics sebenarnya sudah hampir empat tahun. Jujurnya perniagaan ini banyak mengubah hidup saya.

“Saya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan bila berhadapan dengan semua orang, berbanding dahulu saya sangat susah nak bercakap dengan orang lain

“Penampilan saya juga kini nampak lebih fresh (segar) dan matang. Selain itu, mereka juga mengasah saya bakat menjadi seorang leader (ketua) yang baik dan berketerampilan yang mana tim

Haus banyak mengajar saya cara memimpin serta berkomunikasi dalam kumpulan,” katanya.

Norhafizah bersyukur kerana setelah hanya empat bulan menyertai jenama itu, dia telah mendapat Top 5 Agent Haus Cosmetics 2020 seterusnya mengekalkannya pada 2021 diikuti dianugerahkan Top 5 Stokis Haus Cosmetics pada 2022.

“Saya juga sering diundang untuk ke majlis bersama pengasas antaranya Super Brand Award dan lain-lain,” katanya yang sehingga kini miliki 30 orang ejen di seluruh Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI