fbpx

Mahathir disiasat polis berhubung Proklamasi Orang Melayu, hina institusi diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya sudah merakam percakapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Al Bukhary pagi tadi.

Tindakan tersebut diambil susulan kenyataan yang dimuat naik bekas Perdana Menteri itu berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman telah merakam percakapan Dr. Mahathir pada pukul 10.30 pagi, hari ini.

Katanya, rakaman itu dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dijalankan mengenai kenyataan Tun Mahathir yang berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan Proklamasi Orang Melayu. Kes masih di peringkat siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, peguam bekas Ahli Parlimen Langkawi, Rafique Rashid Ali memuat naik hantaran video di Facebook InspirasiChanel mengenai soal siasat yang dijalankan pihak polis terhadap anak guamnya.

Dalam video sama, dia mendakwa Tun Dr. Mahathir turut disiasat berhubung Proklamasi Orang Melayu.

Bagaimanapun, Rafique menyatakan Dr, Mahathir bersedia dituduh dan menjawab segala soalan di mahkamah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI