fbpx

J-hope jadi jurulatih tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
J-HOPE

ANGGOTA kumpulan BTS, J-hope baru-baru ini dilantik sebagai penolong pengajar untuk merekrut pelatih baharu di sebuah pusat latihan ketenteraan di wilayah Gangwon.

Pelantikan penyanyi tampan berusia 29 tahun itu sekali gus menjadikan dia sebagai ahli kedua BTS selepas Jin yang turut dilantik sebagai penolong pengajar untuk pusat latihan ketenteraan di Gyeonggi.

J-hope menerusi kenyataannya kepada media berkata, dia sangat teruja dan bangga apabila terpilih menjadi penolong pengajar ketenteraan dan akan melakukan tugasnya itu dengan sebaik mungkin.

“Saya dilantik sebagai penolong pengajar pada 24 Mei lalu dan berasa sangat bangga apabila diberi kepercayaan untuk memegang tanggungjawab tersebut,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Terdahulu, J-hope telah menamatkan latihan ketenteraannya untuk Divisyen Infantri ke-36 pada 18 April 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI