fbpx

Ibu bapa berang MyKid tiada stok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kecoh di dalam media sosial ketika ini berkenaan pemilikan MyKid yang didakwa tertangguh selama enam bulan.

Bukan itu sahaja, orang ramai juga mengeluh kerana terpaksa membawa dokumen sijil kelahiran anak masing-masing sekiranya ingin membuat sebarang urusan berkaitan.

Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, ada ibu bapa yang terpaksa menunggu lebih enam bulan untuk mendapatkan MyKid kerana tiada stok.

Difahamkan keadaan itu sudah berlaku agak lama seperti tiada kaedah lain yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib.

“Ke hulu hilir bawa surat beranak, kalau surat beranak tu kecil tidak mengapa, ini besar.

“Difahamkan, MyKid sekarang tiada stok, ibu bapa terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya, bagi kami ibu bapa agak susah jika ada urusan.

“Diharapkan pihak berwajib selesaikan isu ini jangan berlarutan,” kata perkongsian tersebut hari ini.

Rata-rata pengguna media sosial turut sependapat dan mahu tindakan segera dilakukan oleh kerajaan.

“Tolong pantau juga isu ini, sampai bila kami ibu bapa nak tunggu?,” jelas Nur Lisma.

“Ada yang tunggu sejak akhir tahun lepas, ada yang masih belum dapat tanpa ada sebarang notis daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Adzhar Mokhtar.

Terdahulu, pada Mac lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan 30 peratus MyKid masih tidak dituntut penjaga atau ibu bapa selepas memohonnya di JPN.

Tanpa menyebutkan jumlah keseluruhan kad yang belum diambil Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya juga tidak menafikan berlaku kelewatan perolehan MyKid buat masa ini.

“Di sebalik keluhan ibu bapa berhubung soal kad MyKid lambat diperoleh, masih banyak juga penjaga dan ibu bapa yang belum menuntut kad tersebut.

“Saya mewarisi sistem lama, satu proses tender terbuka telah dibuat dan dimenangi sebuah syarikat, tetapi kemudiannya masalah ketidakcukupan bahan membuat kad tersebut berlaku,” katanya.

Menurut Saifuddin, masalah ketidakcukupan bahan membuat Mykid secara tidak langsung mendorong proses memperoleh kad itu juga menjadi lambat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI