fbpx

Fasha Sandha nafi potong usus untuk kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA menafikan menjalani pembedahan potong usus untuk mendapatkan tubuh yang ramping seperti sekarang.

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha menafikan dakwaan segelintir pihak tubuhnya kini langsing adalah disebabkan menjalani prosedur bariatik atau potong usus.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan memohon individu yang membuat andaian sedemikian supaya melakukan usul periksa terlebih dahulu.

“Sebaiknya buatlah kajian sebelum tuduh. Bariatik atau jenis pembedahan yang hanya boleh dibuat sekiranya BMI (indeks tubuh) melebihi 28 ke atas (kategori obese) dan jika seseorang itu berpenyakit seperti darah tinggi atau gastrik.

“Sebelum ini BMI saya adalah 25.5 dan dikategorikan ‘overweight’, bukan obese. Saya tidak mempunyai apa-apa penyakit. Alhamdulillah.

“Kepada penulis atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ini, saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka,” katanya menerusi Instagram.

Menurut aktres berusia 39 tahun itu, dia tidak menghakimi orang lain yang melakukan pembedahan tersebut kerana ibunya sendiri menjalani prosedur sama disebabkan isu kesihatan.

“Saya tidak akan nilai atau memandang rendah kepada orang yang melakukan bariatik.

“Ada beberapa orang terdekat saya yang terpaksa melakukan prosedur ini kerana faktor kesihatan dan nasihat doktor, termasuk ibu sendiri pada Februari 2020 kerana penyakit selain sakit lutut kronik.

“Saya yang membayar kos sebanyak RM25,000 untuk prosedur tersebut dan saya juga yang menjaga ibu ketika itu.

“Saya tidak akan pandang rendah kerana mungkin suatu hari nanti saya pula akan memerlukan rawatan tersebut,” ulasnya lagi

Bintang drama Anak Tuan itu menegaskan, proses untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal seperti sekarang mengambil masa serta memerlukan kesungguhan.

“Penurunan berat badan saya bukan cepat, sebaliknya mengambil masa lebih enam bulan.

“Sekarang saya hanya jaga pemakanan, bersenam dan ambil produk pada waktu malam. Hanya itu saya perlukan buat masa sekarang,” katanya.

Fasha yang turut menyebut nama akaun laman sosial dimaksudkan berharap insiden itu dijadikan pengajaran kepada semua dengan tidak menyebarkan berita palsu sesuka hati.

“Saya harap perkara ini boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan,” tulisnya.

Sementara itu, pemilik akaun itu sudah membuat permohonan maaf secara terbuka dan Fasha juga dilihat sudah memaafkan individu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI