fbpx

Warga emas patah kaki, tangan jatuh longkang 3 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibawa keluar anggota bomba selepas terjatuh ke dalam longkang berkedalaman lebih tiga meter di Blok A, Apartment Anggerik, Rawang, hari ini.

RAWANG – Seorang lelaki warga emas patah kaki dan tangan selepas terjatuh ke dalam longkang berkedalaman lebih tiga meter di Blok A, Apartment Anggerik, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan insiden jatuh longkang itu pada pukul 10.39 pagi.

Katanya, sebanyak enam anggota bersama sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Sentiasa bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun telah terjatuh ke dalam longkang dengan kedalaman 3.6 meter.

“Mangsa mengalami patah di bahagian kaki dan tangan kanan namun berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Hafisham, mangsa yang diselamatkan itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI