fbpx

Suami dakwa isteri tak ‘untung’, mahu cerai kahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian rumah tangga apabila suaminya mahu menceraikannya selepas mendakwa dia tidak ‘menguntungkan’ dari segi kewangan kerana tidak bekerja.

Bukan itu sahaja, suaminya turut berhasrat berkahwin dengan wanita lain yang dikatakan boleh membantu dari segi kewangan rumah tangga.

Kisah tersebut diceritakan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali menerusi hantaran pada Facebook berhubung aduan daripada wanita tersebut menerusi telefon.

“Suami saya kata saya ni tak menguntungkan dia, tambah menyusahkan sahaja. Sebelum ni saya bekerja, tapi suami suruh berhenti sebab nak saya bagi tumpuan pada dia dan nak saya jaga anak kami sendiri.

“Saya ikut cakap suami. Berhenti kerja pun, saya buat juga bisnes sikit-sikit dapat tampung belanja barang yang saya nak.

“Tapi sekarang ni dia nak ceraikan saya sebab nak kawin dengan perempuan yg boleh bantu dia dalam kewangan,” katanya menceritakan kembali perbualan wanita tersebut.

Dalam pada itu, Suzana meninggalkan hadis Rasulullah SAW susulan kisah wanita yang dikongsikannya itu.

“Tidaklah para hamba berada di waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Antara mereka berdoa: Ya Allah berikanlah kepada orang yg menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik.

“Sedangkan malaikat yang lain berdoa: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada orang yg menahan hartanya (tak mahu menafkahkannya) hadis riwayat al-Bukhari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI