fbpx

Sisma Auto buka Pusat 3S BYD di Glenmarie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat 3S BYD yang terbesar di Glenmarie.

SHAH ALAM – Sisma Auto telah membuka Pusat 3S BYD yang terbesar di Glenmarie,di sini yang akan menjdi hab automotif utama di Lembah Klang.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Sisma Auto,Syed Khalil Syed Ibrahim, pusat 3S itu yang menelan belanja sebanyak RM5 juta merupakan kemudahan BYD Kelas A di Malaysia.

Katanya, pusat 3S itu menampilkan bilik pameran untuk sembilan buah kereta dan 16 petak servis untuk memenuhi permintaan pelanggan BYD yang semakin bertambah.

“Bilik pameran kereta yang luas ini direka untuk mempamerkan semua model baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di pasaran tempatan.

“Pusat servis mampu untuk menerima lebih 1,000 pelanggan sebulan. Pusat servis yang termaju ini dilengkapi dengan peralatan diagnosis terkini, alat dan kelengkapan khas serta kawasan simpanan dengan suhu yang terkawal untuk menyimpan komponen bateri kuasa yang sensitif,” katanya

Tambahnya, dengan sejarah perkongsian perniagaan dengan jenama automotif selama 30 tahun, syarikat bersedia untuk menawarkan pengalaman 3S premium kepada para pemilik BYD di Malaysia.

“Kami berbesar hati dapat menjalin hubungan perniagaan dengan BYD dan pengedarnya di Malaysia, Sime Darby Motors.

“Kami percaya bahawa masa depan industri automotif ialah kenderaan elektrik dan sebagai pembuat Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicle, NEV) nombor satu di dunia, BYD berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menjadi peneraju masa depan tenaga elektrik.

“Reka bentuk dan ciri Pusat 3S kami mencerminkan kedudukan premium serta kualiti produk jenama,” tambahnya.

Jelasnya, sambutan daripada pasaran Malaysia yang diterima untuk model BYD Atto 3 sangat menggalakkan.

“Kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak model BYD pada bulan-bulan yang akan datang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI