fbpx

Penghantar makanan tampar pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pejalan kaki ditampar penghantar makanan bermotosikal di Bangkok baru-baru ini. - Kitti Panantanannon/Facebook

BANGKOK – Seorang penghantar makanan bermotosikal yang melanggar undang-undang kerana menggunakan ruang pejalan kaki didakwa menampar muka seorang lelaki kerana menghalang laluannya, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Kitti Panantanannon  berkongsi video insiden itu di laman Facebook dua hari lalu. Rakaman  menunjukkan dia ditampar penghantar makanan tersebut. 

Dalam keterangan gambar, katanya: “Saya memfailkan aduan di Balai Polis Phra Khanong. Dia menunggang motosikal di atas kaki lima jalan dengan laju dan bertanya adakah saya seorang pejalan kaki dan mengapa saya tidak memberikan laluan. Malah, dia kembali menyerang saya. Motosikalnya  juga tidak mempunyai nombor pendaftaran.”

Dalam rakaman itu, Kitti dilihat berjalan di atas kaki lima apabila penghantar makanan berkenaan menghampirinya secara tiba-tiba dari arah bertentangan.

Bahu penunggang itu melanggar Kitti menyebabkan penghantar makanan tersebut berhenti dan merenungnya. 

Kitti memutuskan untuk menjauhi penghantar makanan itu tetapi dia mengekorinya dan menampar mukanya tanpa amaran. 

Namun, dia melawan dengan menendang motosikal lelaki tersebut.

Kitti ditemu bual saluran berita Channel 3 semalam berkata, kejadian berlaku dekat Sukhumvit Soi 85, Bangkok. 

Dia mengaku tidak memberi laluan kepada penunggang itu kerana adalah salah menunggang motosikal di atas kaki lima jalan.

Pegawai dari Balai Polis Phra Kanong, Opas Harnnarong dalam pada itu mendedahkan bahawa kes tersebut kini dalam siasatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI